Jumaat, 18 Mac 2011

Metro - Berita Utama - Dibuai angin asmara


MELAKA: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.
Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.


Pembaca : uihs, atas pokok... baik punya... masih kene tangkap?
Penulis : lupa naikkan tangga, tu yang JAIM dapat naik.. huhu


Kelihatannya lelaki tersebut mempunyai kira-kira yang baik untuk rencana pondok peranginannya. Dia dapat tinggal bersama pasangan kekasihnya 24/7 jadi ini merupakan satu penjimatan yang bersar. Pondok peranginan tersebut telah pun di bina setahun lebih, kita ambil satu kiraan iaitu setahun setengah.Mari kira-kira.


sewa rumah kita ambil paling murah ialah RM500.00 sebulan darabkan dengan 18 bulan bersamaan dengan RM 9,000.00. Memandangkan denda hanyalah RM3,000.00 , maka untuk 2 orang ialah RM6,000.00. Masih berbaki RM3,000.00 penjimatan untuk pergi honeymoon selepas dilepaskan kelak.


Dengan cara dendaan yang di implemet itu, maka tiada masalah bagi orang yang kaya untuk membuat maksiat. Penulis hanya mengandaikan... Mereka siap boleh hantar kfc untuk satu jabatan lagi setelah membayar denda bagi perbuatan mereka itu. Apalah sangat RM6,000.00 sekiranya di tangkap berbanding tanggungjawab dan kos perkahwinan yang mencecah dari RM 20,000.00 sehingga RM 70,000.00. Celah taik gigi je bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan