Jumaat, 18 Mac 2011

Metro - Berita Utama - Cuba parang pensyarah

KUALA LUMPUR: Hanya kerana ditukar ke bilik asrama lain, seorang siswa lelaki sebuah kolej swasta di sini yang berusia 25 tahun, nekad cuba mencederakan warden yang juga pensyarahnya dengan menyerang wanita berkenaan menggunakan parang.

Pelajar terbabit turut mengugut membunuh pensyarah berusia 47 tahun itu selain mengarahkan mangsa menarik balik arahan menukar bilik yang dikeluarkannya sebelum itu.


Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, warden terbabit bernasib baik apabila suspek dapat dihalang sekumpulan siswa lain yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

Bimbang mengenai keselamatannya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan berdasarkan aduannya mangsa memaklumkan siswa terbabit memang seorang yang bermasalah.


Pembaca : Teruknya budak sekarang nih sampai nak parang cikgu...
Penulis : Fikirkan semula, siapa yang salah dari akar umbinya...


Selamat pensyarah tak terkena parang, tahniah pensyarah kerana dapat mempertahankan diri. Dalam keadaan macam ini, sekiranya pembaca adalah pensyarah perempuan apakah yang akan anda lakukan? Bayangkan seorang pelajar anda membawa parang menyerbu kearah anda dengan penuh kemarahan. Fuhh, minta dijauhkan sejauh-jauhnya perkara ini daripada kita bersama.


Dalam berita ada dikatakan bahawa pelajar tersebut pergi ke kenderaannya mengambil parang lalu cuba menyerang pensyarah tersebut. Untuk apa dia bawa parang itu? adakah pelajar tersebut mengambil degree atau ijazah perkebunan? Sekiranya tidak, ternyata pelajar mempunyai masalah sikap dan peribadi. Mungkin dia terpengaruh dengan gangsteringsm mungkin dari kaca tv atau dari pengaruh rakan sebaya


Diharap kolej tersebut dapat menjalankan langkah-langkah keselamatan terhadap pelajar dan juga guru. Dimana senjata-senjata, atau apa saja barang yang merbahayakan diharamkan untuk dibawa masuk ke kolej. Dan barang-barang di dalam kolej yang merbahaya diselia ketat. Ini bagi menjaga keselamatan bersama. Mungkin kolej tersebut juga boleh mempergiatkan sesi kaunseling, acara bergotong-royong, dan lain-lain aktiviti yang memupuk semangat kekitaan dan kerjasama antara pelajar dengan pelajar, pengajar dengan pengajar dan juga pelajar dengan pengajar.


Kolej boleh saja mengambil tindakkan untuk membuang pelajar tersebut, walaupun penulis tidak kenal akan pelajar tersebut. Dengan kesempatan ini, penulis merayu agar dia di berikan peluang untuk mengubah dirinya. Setelah peluang di berikan, berikanlah petunjuk dan pimpin erat-erat agar pelajar itu mempunyai kekuatan untuk menjadi orang yang baik-baik sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan