Di sini saya ingin kongsikan beberapa lagi punca cerai antaranya :
Gemuk dan busuk / tak gemuk dan busuk

Tips - bangun pagi terus mandi siap-siap, elakkan pakai baju basahan. Pakai simple dan kemas, supaya kelihatan sentiasa rapi dan hensem/cun sepanjang masa.
Hutang
Perkahwinan tidak lari daripada mas kahwin, hantaran, majlis perkahwinan, photography, pelamin dan lain-lain kos yang dapat membawa makna bahawa majlis kahwin itu grand, terbaik dan lain-lain. Dengan terlupa akan hutang belajar belum di bayar, kita membuat pinjaman peribadi untuk memenuhi kehendak dan piawai orang sekeliling sebagaimana yang mereka pikirkan perlu. Tidak langsung di ukur pada kemampuan diri dan implikasi akan datang.

Bank telipon minta jelaskan bayaran pinjaman peribadi, bank telipon lagi minta jelaskan bayaran pinjaman rumah, bank telipon lagi minta jelaskan pinjaman kereta, mara / ptptn hantar surat mahkamah, bil api nak di potong, begitu jua bil air, astro dah kene blok, kereta pula tayar dah botak.
Apabila anda kusut dengan semua ini, pasangan anda menuntut janji untuk belikan barang... maka di situlah percikkan penceraian yang pertama.
Tips : cara pasangan yang boleh bersederhana, yang tidak meninggikan proses perkahwinan akan tetapi meninggikan atau mengutamakan proses menjalani kehidupan bersama kelak. Jangan berhutang seboleh-bolehnya.
Komunikasi

Tips : beri tumpuan pada kata-kata pasangan anda, dan pastikan anda betul-betul paham
Campur tangan pihak ketiga
Apabila berkahwin, ada yang tak puas hati kita akan bertanya kepada kawan, mungkin abang, mungkin mak untuk mendapatkan satu penandar aras samada anda benar atau salah. Lalu kita menerima pakai untuk pergaulan seharian dengan pasangan. Campur tangan pihak ketiga kebiasaanya akan menyebabkan kehancuran, anda boleh menerima nasihat daripada pihak ketiga, tapi untuk inplimentasi anda perlu selarikan dengan pasangan anda. Kerana tiada orang lain yang mengenal pasngan anda kecuali anda sendiri.Jalan yang terbaik adalah berbincang secara terbuka dengan pasangan anda. Sekiranya jurang perselisihan amat jauh, cuba ambil langkah jalan tengah untuk menyelesaikan masalah. Jangan letakkan siapa salah dan siapa benar sebagai motif utama perbincangan, akan tetapi macam mana untuk kekal bersama.
Tips : dialah penawar dialah racun
dan terdapat banyak lagi faktor penceraian. Sampai disini sahaja setakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan