Pengusaha mahu ambil tindakan ekoran kesalahan trafik pekerja, kurangkan beban syarikat
Sekiranya langkah ini dapat menguntungkan ramai pihak maka wajarlah ianya di lancarkan. Lagipun kebanyakkan syarikat pengangkutan sudah banyak yang tidak larat beroperasi lagi berikutan kenaikkan harga minyak, kos baik pulih dan lain kenaikkan yang berkenaan. Dengan cara ini mungkin dapat mengurangkan kemalangan dan mengurangkan beban syarikat pengangkutan. Di mana pemandu akan berhati-hati kerana bimbang gaji di tolak dan syarikat juga teringankan dengan bebas dari menanggung beban saman.
Selain tindakkan memotong gaji kerana melakukan kesalahan trafik, tindakkan lain juga perlu dilakukan supaya indeks kemalangan dapat di kurangkan. Tapi kenapa pemandu itu membawa laju atau melakukan kesalahn trafik?
Antara punca kemalangan bas yang dapat di kumpulkan ialah :
- tayar pecah - kebanyakkan pakai tayar tampal
- alat ganti tiruan atau alat ganti ubah suai
- binaan bas - bas dua tingkat
- faktor jalan raya - berlobang, selekoh tajam
- pemandu gaji kecik, kurang tidor kejar trip
- pihak ketiga - kene langgar, di himpit dll oleh kenderaan lain
sekian untuk di pikirkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan