Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian - Nasional - Terjun laut bot terbakar

40 penumpang panik lihat api marak di bahagian enjin


KUALA BESUT: Seramai 40 pelancong termasuk tiga warga Britain menempuh detik cemas apabila bot yang mereka naiki dari jeti Kuala Besut terbakar ketika dalam perjalanan menuju pusat peranginan terkenal, Pulau Perhentian, di sini, semalam.


Pembaca : ada yang mati tak?
Penulis : jauh dari maut, tangan je terbakar


Kemalangan memang tidak dapat di elakkan. Tapi tidak bermakna kita harus ambil sambil lewa sahaja terhadap fire prevention. Kesedaran menghalang api dan mengawal api perlu di terapkan kepada rakyat. Semua orang perlu tahu pengetahuan asas ini. Kerana dengan cara ini sahaja dapat menyelamatkan banyak nyawa dan mengurangkan risoko.



Penulis berkata bergini kerana terdapat beberapa kejadian yang sepatutnya mangsa boleh hidup menjadi mati, sepatutnya mangsa boleh normal menjadi cacat. Selagi kita tidak mahu celik mata terhadap perkara safety, rescue, pertolongan cemas dan lain-lain berkaitan. Selagi itu lah kita akan menjadi badut di tempat kejadian.


Antara kesnya ialah mat motor yang kemalangan terbaring di tengah jalan. Datang sorang mamat nih tengok jalan jam di alihkan motor dengan si malang ke tepi bahu jalan. Memberinya minum, dan lain lagi yang pada matanya ialah sesuatu yang tidak salah.


Akan tetapi perlakuan mamat mulia ini telah menyebabkan mat malang ini semakin teruk dan lumpuh separuh badan. Selamatlah ambulan cepat.



Pembaca : apa pula salah dia, betul lah kan dia menolong tu. Tak geti terima kasih.
Penulis : Niat yang baik tidak membenarkan cara, baca seterusnya.


Didapati mat mulia telah mengangkat mat malang ini dengan cara yang salah. Mat malang tersebut lumpuh seumur hidup kerana terdapat kecederaan pada tulang belakangnya. Mat mulia tersebut ada juga memberikan air, sedangkan dalam pelajaran pertolongan cemas. Kita tidak dibenarkan memberi air kepada orang yang kemalangan. Ini kerana dikhuatiri ada pendarahan dalaman, dan air tersebut akan menjadi seperti racun.


Anda mungkin tidak berapa kisah kerana kejadian tersebut antara mat mulia dan mat malang. cuba kita tukar watak itu kepada pembaca dan isteri pembaca. Tak pun pembaca dan adik pembaca. Pasti dihantui kesilapan itu seumur hidup.


Ubah demi diri dan yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan