Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan - Jenayah - Lelaki bunuh kekasih enggan jual anak

Sepasang kekasih warga india yang bersekedudukan dikurniakan cahaya mata yang berusia 2 bulan. Mereka sering bergaduh dan bertengkar dijangka kerana kesempitan wang. Didapati tunggakkan bil elektrik dan air sebagai sokongan jangkaan.

Dalam kes ini, akhir ceritanya mungkin dapat memuaskan hati penonton sekiranya ini merupakan satu tayangan di pawagam. Akan tetapi ini ialah kisah realiti tapi bukan akademi fantasia. Dari sudut masalah, boleh dikatakan masalah sudah pun selesai. Kerana wanita telah pun di bunuh, lelaki tersebut akan di hukum bunuh dan anaknya akan mendapat penjagaan. Selesai masalah dari segi keduniaan.

Akan tetapi islam tidak membenarkan cara sedemikian, kerana kita percaya akan adanya kehidupan selepas mati. Ada dua lagi alam perlu kita tempohi iaitu alam barzakh dan alam akhirat. Di sini apa yang kita dapat lihat kesempitan hidup boleh membawa kepada keputusan yang amat teruk dan mungkin tidak di sangka-sangka.

Harap perkara sedemikian tidak berlaku pada anda di luar sana. Jangan pernah fikir atau ungkapkan perkataan ingin bunuh orang lain atau membunuh diri sendiri. Fikirlah perkara positif dan ungkapkanlah perkataan yang positif apabila bertemu dengan keadaan yang sukar. Ianya lebih membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan