

Pusat perjudian seharusnya tidak dibenarkan beropersi lagi. Kerana ia sememangnya banyak yang buruk dari baik. Sekiranya pendapatan negara banyak datang dari pusat perjudian, maka indeks jenayah dalam negara pasti akan meningkat juga. Lebih-lebih lagi pusat perjudian yang berskala kecil ataupun yang sasaran pelanggannya ialah orang yang berpendapatan sederhana atau rendah. Ini kerana amat-amat jarang penulis melihat orang pakai kereta besar singgah ke kedai kuda atau pun cibercafe untuk berjudi.
Sekiranya ada cara untuk menutup disco, pub atau lain-lain tempat yang seumpama dengannya maka laksanakan lah. Ini kerana judi, arak, dan pelacuran akan terjadi di kedai-kedai seperti ini. Dimana akal sudah tidak berfungsi dengan baik, dan nafsu bermaharajalela. Setakat ni tak pernah lagi penulis lihat orang mabuk buat perkara yang baik dan berfaedah.
Kepada pihak berkuasa atau yang mempunyai kuasa. Percepatkan lah tindakkan, dan ambil lah sesuatu tindakkan yang drastik dan proaktif. Jangan melihat "oh, itu anak si A memang lah dia jahat tak heran lah dia berjudi" ataupun " asalkan bukan anak aku yang berjudi biar lah dia yang pokai". Jangan terlalu fikirkan diri sendiri, ini kerana seperti anda orang lain pun tidak mahu anaknya menjadi seorang kaki judi, mabuk dan berzina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan