Rabu, 1 Ogos 2012

Ijazah segera


Tan Sri, Datuk beli ijazah palsu


Shah Alam: Orang kenamaan termasuk Tan Sri, Datuk dan ahli politik adalah antara yang membeli ijazah palsu daripada sebuah syarikat yang didedahkan oleh akhbar ini baru-baru ini.


Pembaca : wau, ijazah pun boleh beli? pekerjaan boleh beli tak ?
Penulis    : er... kalau tak silap projek banyak dapat pada datuk dulu kot... bukan gitu ke??

Pendedahan sebegini amat membimbangkan, perlu di siasat dan di banteras dengan sekeras-kerasnya. Bukan sahaja untuk golongan atasan malah juga untuk golongan-golongan yang lain juga ( tak kira siapa ). Ini kerana apabila Sijil boleh di beli maka punah lah kualiti kerja. Kerana hasil kerja dan buah fikiran si pemegang sijil bukan bedasarkan pengetahuan yang dipelajari

Amat berharap satu tindakkan segera di lancarkan oleh pihak berwajib agar dapat memudahkan verifikasi sijil yang ada pada setiap individu. Ini penting untuk mengidentifikasi kompeten seseorang pekerja. Mungkin pendekatan memasukkan data kompeten kedalam kad pengenalan boleh di jadikan salah satu cara, memandangkan fizikal ijazah itu sendiri selalu menjadi isu ( hilang atau rosak ) pada tuannya.

wallah hu alam

 

Khamis, 26 Julai 2012

Bayi di Dera Hingga Pecah Usus



KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.


Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.
“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya. 

Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.
Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.
Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.



Pembaca : katalah kita di tempat wanita tu, macam mana untuk mengenal pasti pasangan baru kita tdak kejam?
Penulis    :  rasanya tak perlu gajet yang mahal, cukup dengan dia takutkan allah.... sesungguhnya allah lah yang maha                        
                     melihat dan maha mengetahui


Penderaan terhadap bayi semakin menjadi-jadi, banyaknya kes ini membawa kepada satu tanggapan seperti mendera anak suatu yang tidak asing dan tidak pelik. Apa yang penulis dapati, kebanyakkan kes penderaan adalah apabila anak tersebut menerima orang lain selain ibu atau ayah kandung.

Hal ini menampakkan betapa satu sesi kauseling perlu di ujudkan untuk memantau kesihatan emosi kekeluargaan. ini kerana dalam kebanyakkan hal, tidak ramai yang mengambil inisiatif untuk kauseling atau mengambil orang tengah untuk menyelesaikan masalah rumahtangga. Ini berkemungkinan besar kerana ego dan mungkin juga tiada masa untuk berbuat demikian kerana desakkan ekonomi. Yang mana ekonomi dan gaya hidup yang di amalkan sekarang tidak seimbang dan lebih berat kepada keseronokkan, "famous", dll yang menyebabkan hampir lupa kepada tanggungjawab terhadap orang lain.

hal ini di buktikan di mana seorang anak yang datang dari golongan miskin, apabila mereka ke bandar ( belajar/bekerja) mereka merasa jijik dengan ibu bapa mereka, jijik dengan rumah mereka yang usang. sehingga ada yang mengambil keputusan untuk tidak mengaku itu rumah dan mak bapak mereka. atas dasar pada ketika itu ibubapa dan rumah yang sedemikian rupa tidak setaraf dengan apa yang mereka ada.

wallahhualam

Rabu, 25 Julai 2012

Bapa rogol dua anak di tahan


Utusan Malaysia
MUAR 24 Julai - Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung bagi keluarga dan bukannya pemusnah.
Namun, tindakan seorang bapa di sebuah kampung di Parit Jawa, dekat sini yang tergamak merogol dua anak perempuannya termasuk salah seorang daripadanya merupakan orang kurang upaya (OKU) amat tidak berperikemanusiaan.
Mangsa berusia 26 tahun dan tidak bekerja itu menjadi pemuas nafsu bapanya sejak setahun lalu manakala adiknya yang OKU berusia 23 tahun menjadi mangsa sejak seminggu lalu.
Lebih menyedihkan apabila si kakak turut menjadi saksi perbuatan keji bapanya ke atas adiknya di dalam sebuah bilik di rumah mereka.
Menurut sumber, mangsa tidak dapat mengelak perbuatan bapanya kerana suspek akan bertindak kasar jika mereka enggan menuruti kemahuannya.
...



Pembaca     :  kalau macam ni, dengan siapa anak-anak tu nak bergantung? 
Penulis        :  islam menyediakan jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.... pikirkanlah 


Zaman yang serba moden, dan serba nak canggih tidak lupa juga serba nak vouge the vast. ramai yang terlalu mementingkan taraf, kedudukan dan pandangan orang ramai terhadap diri. terlalu bimbangkan perkara-perkara tersebut, mereka mengabaikan fitrah sebagai seorang manusia

merujuk kepada berita di atas, islam sudah terang dan nyata memberikan jalan keluar untuk  menghadapi situasi. Dalam menangani nafsu, kita di minta berpuasa bagi yang tak mampu, bagi yang mampu berkahwin, bagi yang sudah berkahwin, berkahwin lagi.

akan tetapi, isu berkahwin ramai merupakan satu perkara yang di pandang aneh dan agak sukar untuk di terima. bagi isteri pula meletakkan pelbagai syarat untuk suami berkahwin lagi sedangkan kepuasan suami tidak dapat di penuhi.

bagi wanita yang kurang didikan agama, atau mungkin menerima pengaruh luar yang agak kuat. Mengambil langkah untuk berfoya-foya dengan ramai lelaki dan mungkin suami orang.
dengan meletakkan alasan " kalau lelaki boleh buat kita pun boleh buat".

ini adalah masanya untung memandang lebih berat isu ini, terutamanya bagi yang belum berkahwin. permudahkan lah perkahwinan itu , tak perlulah hantaran yang tinggi, majlis yang mahal mahal. kerana yang perlu di fokuskan ialah, melayari bahtera perkahwinan dan bukannya meraikan kedatangan bahtera



Selasa, 24 Julai 2012

Cukupkah simpanan kita?


Berita Harian - 24 Julai 2012
Pekerja risau tidak cukup simpanan


Lapan puluh peratus pekerja di Malaysia bimbang tidak mempunyai simpanan mencukupi dan menjadi beban kepada waris apabila bersara, demikian mengikut kaji selidik Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS).



Pembaca : Dah tu macam mana nak cukup wang ??
Penulis : Abaikan apa orang nak kata, fokuskan apa yang kita nak rasa ( tua kelak )

Gaya hidup masa kini merupakan antara satu faktor mengapa kedudukan kewangan kebanyakkan orang tidak kukuh. Meskipun berapa banyak pendapatan yang di peroleh. Untuk membolehkan kita mempunyai kewangan yang kukuh, pada dasarnya sangat mudah sekali iaitu tidak menggunakan lebih daripada pendapatan kita.

Sungguhpun begitu, ramai orang akan mengatakan " cakap senang lah ". Itulah yang terjadi sekarang ini, di mana perkara dan pendekatan yang mudah di susahkan, maka yang susah di permudahkan.

Dalilnya ialah,
sangat mudah untuk menyimpan - apa yang anda perlu buat, buka satu akaun simpan duit dalam tu dan biarkan sehingga satu usia atau jangka masa yang tertentu. mungkin pencen, mungkin sangat terdesak, atau mungkin kalau tak keluarkan memudaratkan.

sangat susah untuk berbelanja - apabla perlu berbelanja, maka perlulah memenuhi beberapa kriteria iaitu ianya sangat di perlukan. kalau takde mati, sakit, atau membinasakan. perkara yang sedemikian rupa, maka anda akan dapati sangat susah untuk berbelanja.

renung dan tenungkan, ngomel dan amal.... ahaks... 

Rabu, 7 September 2011

Perlukah meletakkan duit raya minima?

Berang duit raya RM1



KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.
Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur. 







Pembaca : bukan ke duit raya sekadar yang mampu, dan hanya perencah perayaan?
Penulis : barangkali kene buat signboard " duit raya rumah kami RM1", baru dapat elak tragedi macam nih kot.


kejadian seperti ini amat mengejutkan dan menyedihkan. mari kita lihat seketika pada gambar mangsa di atas. Pagar tak cat, rumah pun rumah kampung, rumput pun rumput biasa biasa jek... bukan rumput karpet pun.

melihat kepada keadaan rumah kita sudah boleh menganggarkan harapan duit raya yang akan dapat. Mungkin penghayatan terhadap raya kurang, menjadikan orang lupa untuk bermaaf-maafan. Malah berserang-serangan.

Ingatlah, tak semua orang mampu memberikan duit raya. Sekiranya duit rayalah yang di kejar untuk beraya. Maka tanya dulu pada tuan rumah ada duit raya tak, berapa ringgit? huhu....




Selamat Merdeka Raya

Salam satu malaysia, dan Selamat Merdeka Raya kepada semua warga Malaysia. Mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin.



Dahulunya semasa mula-mula memblogging, rasa pelik kenapalah diorang ni blog kejap berhenti. Bukan susah sangat pun, tapi je lah apa apa yang patut. Biasalah kita takkan paham kalau tak kene kat batang hidung sendiri, pada masa itu baru tau.

Amat berharap selepas ini, di berikan masa dan idea untuk mangadap blog sepuasnya. By the way, bagi sesiapa yang boleh memberi tunjuk ajar untuk membuat duit dengan blog, please do PM me... tq


Jumaat, 29 April 2011

Keluar saman dengan gambar

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mulai 1 Mei ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, kaedah itu akan diguna pakai bagi semua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Pembaca : katanya sama ekor dah takde lagi, ni kira saman apa?
Penulis : entahlah, apa yang boleh kita pelajari ialah. Saman merupakan pendapatan yang besar...

Para pengguna jalan raya di seru agar tidak melanggar peraturan jalan raya. Itulah cara yang paling terbaik, amalkan keselamatan jalan raya setiap masa dan setiap saat. Jangan terbawa-bawa dengan sikap masa lalu, pakailah tali pinggang keselamatan dan topi keselamatan agar nyawa selamat poket pun selamat.

Jangan di pikirkan jarak destinasi itu sekangkang kera atau sekangkang zirafah. Jangan di pikirkan polis ada atau tidak. Ini kerana polis kadang-kadang tiba-tiba jek muncul, jadi bersiap sedia lah selalu. Duit yang akan kene bayar saman ada baiknya di simpan untuk kos baik pulih kenderaan ataupun makan durian.

Ganja: Dua pegawai kastam ditahan

KANGAR 28 April - Polis menahan dua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri ini dan merampas tujuh kilogram ganja mampat di tempat letak lori di kilang simen Bukit Keteri, Padang Besar di sini malam tadi.

Kedua-dua pegawai berusia 42 dan 44 tahun itu ditahan pukul 9.30 malam, dipercayai sedang menunggu pembeli di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Tajudin Md. Isa, selepas diserbu, polis menemui dadah tersebut di dalam sebuah kereta Honda Accord milik salah seorang suspek.


Pembaca : kalau kastam jual dadah polis tangkap, kalau polis jual dadah siapa tangkap?
Penulis : Penjual dadah lah tangkap, sebab kacau periuk nasi diorang...

Boleh di katakan 'harapkan pagar , pagar makan padi'. Kerja-kerja pihak kastam yang menangkap dan menyimpan barang seludup telah di lakukan, syabas dan itu satu tanggungjawab pihak kastam. Tapi macam mana pula dengan menjual kembali barang seludup? 

Satu masa dulu setiap kali ada rampasan barang, pasti akan masuk tv. Kalau dvd atau cd yang di rampas akan di lenyek dengan kenderaan. Kalau dadah akan di bakar dan macam-macam lagi dan di tayangkan di dalam akhbar dan televisyen. Tapi sekarang ni dah macam tak nampak semua itu dilakukan.

Sekiranya sebagai contoh tangkapan terhadap pengedar dadah dan merampas sebanyak satu kilo ganja dilakukan. Maka satu kes pengedaran ( orang yang menjual ) dan barang ( ganja ) dapat di hentikan dengan serta-merta. Bagaimana pula sekiranya pihak yang menangkap yang menjualnya semula? pastinya apa pun tak boleh...

Selasa, 26 April 2011

Padah mencuba suntikan kuruskan badan

KUALA LUMPUR 25 April - Tindakan seorang ahli perniagaan lelaki mencuba satu produk menguruskan badan melalui 30 suntikan kosmetik dalam tempoh sejam mengundang padah apabila dia kini terpaksa menanggung kesan parut kekal di tubuhnya kesan daripada rawatan itu.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dan enggan dikenali itu bukan sahaja terpaksa menanggung kesan parut di perut dan belakang badan, malah terdapat kesan lubang di bahagian yang disuntik itu membuatkan dia berasa tidak selesa.


Pembaca : ni sebab tak nak bedah lah main suntik-suntik...
Penulis : sama je sengsaranya...

Hanya kerana ingin kelihatan menarik, akhirnya terpedaya dengan pujukkan kawan. Tidak di beritahu sama ada berkesan atau tidak. Tapi yang pastinya, tuan punya badan pastikan akan kurus. Tapi bukan sebab suntikkan yang di tawarkan akan tetapi sebab susah hati dan sakit hati terhadap orang yang bertangungjawab

sekiranya kita ingin benar-benar kelihatan menarik dengan menguruskan badan. Adalah jalan terbaik dengan bersenam dan menjaga diet yang sempurna. Ini kerana kurus selain daripada cara ini belum tentu anda sihat secara mutlah. Dan anda mungkin terdedah dengan ancaman menjadi lebih gemuk dari asal atau pun penyakit.

Kurus dengan menggunakan cara selain senam tidak praktikal, ini kerana kita tiada stamina apakah arti kelihatan segak tapi nak tangga satu tingkat dah nak patah lutut?

Marah kejut solat Subuh

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh. 

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.


Pembaca : takde orang yang berani nak kejut solat lagi
Penulis : riang ria lah syaitan nampaknya

Sepertinya tiada yang betul lagi sekarang ini, dan boleh di katakan tiada juga yang tidak betul. Situasi ini membawa kepada bahana apabila kita ingin menimbangkan yang mana adil dan yang mana tak adil.

Kebanyakkan orang sekarang ini menimbang sesuatu perkara tidak lagi bersandarkan agama. Mereka lebih bersandarkan apa yang orang lain buat. Selagi ramai orang yang buat satu-satu perkara itu, selagi itu lah ianya betul dan tepat tanpa mengira undang-undang dan larangan agama.

Begitu juga dengan kisahnya berita pada hari ini, kan biasanya kalau orang tido jangan kacau. Jadi berdasarkan biasa inilah api kemarahan dinyalakan, dan menghasilkan satu peristiwa yang tidak di ingini / di sangka-sangka.

Isnin, 25 April 2011

Idam lelaki penyayang


KUALA LUMPUR: “Saya letak dua syarat penting jika ditakdirkan ada lelaki menyukai saya dan kalau ditakdirkan bertemu jodoh satu hari nanti. Dia mestilah benar-benar menyayangi saya sepenuh hati tanpa ada sebab lain.
“Jika benar-benar suka, dia harus terima saya seadanya, ikhlas dan bukan kerana saya anak jutawan atau disebabkan harta peninggalan arwah emak,” kata Dekritawati Yuliana Buhari, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.


Pembaca : saya penyayang
Penulis : saya lagi penyayang


Remaja ditahan elak sekatan jalan raya

KUALA LUMPUR 24 April - Seorang pelajar Tingkatan Empat yang cuba menunggang motosikal melawan arus bagi mengelak dari sekatan polis antara 14 penunggang yang ditahan dalam satu operasi mencegah samseng jalanan di sekitar ibu negara malam tadi.

Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12 tengah malam itu, remaja terbabit turut menunjukkan lencana polis bagi melepaskan diri daripada sekatan tersebut.

Menurut Ketua Unit Khas Trafik Jalan Bandar, Asisten Supritendan Azmi Wahid, pelajar itu ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan menggunakan lencana polis yang didakwa milik bapanya untuk dilepaskan.


Pembaca : budak lagi dah pandai menipu
Penulis : belajar kat tv, rancangan CSI kot...

Budak-budak zaman sekarang memang tidak dapat di nafikan lebih cerdik daripada budak zaman dulu. Entah apa formula yang ada dalam susu sekarang nih, cerdiknya semacam. Dan kecerdikkan mereka ini harus di pupuk dan di lentur dengan penuh berhati-hati kalau tidak. Cerdiknya tu ke lain.

Berita di atas merujuk kepada budak yang berumur 14 tahun, menipu polis dengan menunjukkan lencana polis. Aduyai, apa nak jadilah.  Pelbagai perkara yang tidak pernah terpikir untuk di buat semasa seumur 14 tahun telah pun di buat oleh mereka. Adakah ini masalah media, atau pun masalah percampuran dengan rakan yang tidak sebaya? Yang lebih mengecewakan, mereka ini cerdik pandai dalam pembelajaran.

Penulis merasakan satu anjakkan perlu di buat, terutamanya di rumah dan di sekolah. Mungkin pembelajaran atau tugas di rumah terlalu enteng atau mudah. Menyebabkan mereka mencara perkara yang mencabar di luar sana. Mungkin juga mereka perlu di beri satu tugasan atau tanggungjawab yang dapat mengisi masa lapang mereka sekali gus menempatkan mereka di tempat yang baik-baik.


Padah berjudi sebelah keranda

BUTTERWORTH: Sekumpulan lelaki dan wanita boleh diibaratkan ‘buta hati’ kerana sanggup berjudi bersebelahan keranda mayat yang disimpan untuk disemadikan di Rumah Pangsa Seri Tanjung di Jalan Raja Uda, di sini, tengah malam semalam.

Mereka dikatakan sengaja mengambil kesempatan berjudi di bawah khemah khas untuk menyimpan mayat itu dan hanya menggunakan kain sebagai pemidang bagi memisahkan meja judi mereka dengan keranda.

Bagaimanapun, aktiviti mereka terbongkar apabila diserbu sepasukan 20 anggota polis diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam, 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 27 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.


Pembaca : apa lah orang mati insaflah, berdoa ke, berkabung ke.... apa yang patut lah... 
Penulis : Line clear, pastu semua satu kepala dalam masjid pun boleh jadi...

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang nih, orang mati pun tak mau kasi satu hormat sama dia. Ish kurang moral sungguh, kesian roh si mati terliur nak juga main. Baik-baik roh tu ingat tuhan, terus ingat judi.
Pemberita tidak memberitahu kaum apa dan agama apa. Tanpa mengendahkah kaum dan bangsa. Perkara seperti ini tetap di kira tidak bermoral, apanya tidak main judi sebelah orang mati. Haiya tidak menyumbang langsung.

Sekiranya tidak di tarbiah dan di bimbing. Silap-silap sebelah orang patah riuh pun dia main judi. Bukan nak bagi semangat kat orang sakit, makin meruntuhkan semangat... ahaks...


Sabtu, 23 April 2011

Suami isteri edar pil kuda, dadah kena cekup

CHUKAI: Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri dan merampas 1,000 biji pil kuda bernilai RM20,000 serta 10 botol dadah jenis heroin bernilai RM10,000 dalam satu serbuan pada malam 17 April lalu, di Kampung Durian Kasim, Ajil, Hulu Terengganu.

Lelaki berumur 33 tahun berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan isterinya, 24, dari Kampung Raja, Besut dikatakan tinggal di Kampung Alur Lintang, Besut dan dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah sejak lebih dua tahun lalu di sekitar daerah Marang, Hulu Terengganu dan Besut.

Polis percaya dengan penahan pasangan itu juga ia akan dapat membantu kes kematian seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Nor Shazwina Alia berusia dua tahun yang dipercayai didera pada 2008. 


Pembaca : sehati sejiwa dah betul dah, cuma perniagaannya je...
Penulis : bisnes apa lagi? yang halal pun banyak halangan bayaran tidak beresit

Perniagaan haram, pastinya sukar untuk di banteras. Ia menjanjikan seribu kenikmatan, dari segi pendapatan, populariti, kekuasaan, dan keuntungan berlipat ganda ( sekiranya tak kene tangkap ). Tidak kira apa juga perniagaan yang haram di sisi islam, ia pasti menjanjikan syurga dunia.

Pihak berkuasa yang menjalankan serbuan, penangkapan terhadap perniagaan haram ini di ucapkan good job dan kekalkan prestasi hebat anda itu.

Apabila melihat banyak tangkapan dan pembanterasan terhadap perniagaan haram ini, maka ramai yang terpanggil untuk berniaga secara halal atau pun perniagaan yang halal. Akan tetapi sekali lagi peniaga menghadapi masalah terhadap perniagaan mereka, seolah-olah perniagaan itu haram.

Salah satu perniagaan yang peniaga berasa demikian ialah perniagaan cyber cafe. Ini di petik dari blog.lomkitsiang.com ia berbunyi...

“because in bolehland if you don’t pay those people, they can’t sign the papers to approve anything. even though you have followed all the guidelines and rules and regulations.
“i had no choice but to pay RM2000 to get an approval after waiting for a year for a license which only cost RM280, at the same time there were also others exploiting these cybercafe license to be used as gambling outlets.
“for the past 5 years those people who misuse the license for gambling industry got more and more license with them to open multiple outlets in entire state while i struggled just to get my only one license to run a completely healthy business.
“my parents have advice me never ever get into illegal business, for this i even paid up for all the copyright license such as Microsoft, Blizzard, EA and so on. which cost more than 4-5k a month on installment plan in yearly basis. but then to get a RM280 town council business license was a nightmare.
“over the years, i expanded my business from 1 outlet to 3 outlets with more than 250 computers, but getting the license to operate such business was on going issue. from RM2000 coffee money to get a license approved the price tag when up as high as RM15000.
“even after paying i never got my license then. and it got delayed from day to day…”

Apa kata anda?

Sperma mati dek ‘gadis penyedap’

 IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.
Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

“Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat,” katanya.


Pembaca : tak pernah tahu pula ada jenis penyakit macam nih
Penulis : ada ambil penyedap ke?

Dengan kadar seks bebas yang semakin meningkat sekarang ini, petikkan berita ini amat berharga untuk di jadikan pengajaran kepada sesiapa yang mengambil atau melanggan penyedap. Walaupun dalam petikkan berita hari ini menyatakan bahawa dia di serang penyakit Clymidia kerana melanggan pelacur. Mengamalkan seks bebal dengan bukan pelacur juga boleh menyumbang ke arah ini.

Hanya kerana hendah bersedap-sedap, mandul adalah bayarannya. Orang yang memang di lahirkan mandul itu lain cerita. Akan tetapi bagi mereka yang di lahirkan tidak mandul, menjadi  mandul hanya kerana bersedap-sedap pula lain ceritanya.

Apabila anda mandul kerana bersedap-sedap, tekanan perasaan yang tinggi pasti akan menimpa anda. Lebih-lebih lagi apabila anda masih belum berkahwin atau mempunyai zuriat. Tidak teringinkan anda melihat, diri anda edisi kecil? ( bayi dari zuriat anda ).

Sekiranya perkara ini telah menimpa anda, janganlah di sesali yang lepas-lepas. Lihatlah kehadapan, anda masih mempunyai kenikmatan nyawa gunakanlah sisa kehidupan ke jalan yang benar dan di redhai tuhan.

Jumaat, 22 April 2011

Warga emas maut angkara kereta berlumba

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang wanita warga emas menjadi mangsa dua buah kereta yang sedang berlumba apabila dia maut setelah kenderaannya dilanggar sebelum terbalik di Kilometer 4, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Selaseh, Gombak hari ini.

Rokiah Mat Nor, 65, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil dipandu suaminya, Baharuddin Hussin yang cedera parah dalam kemalangan itu.

Kejadian berlaku pukul 11.45 pagi ketika kereta dinaiki pasangan suami isteri itu bersama adik perempuan Rokiah dalam perjalanan pulang ke kampung di Jerantut, Pahang.

Menurut saksi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Putra yang dipandu seorang anggota polis dipercayai sedang berlumba dengan sebuah kenderaan lain.

Pembaca : polis pun berlumpa di jalanan?
Penulis : err, mungkin dia pun mempunyai keinginan..

Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa yang baru meninggal dan satu lagi al-fatihah untuk kawan-kawan kita yang telah lama meninggal.

Berlumba di jalan raya merupakan satu perkara atau tindakkan yang tidak cerdik. Ini berikutan ia membahayakan orang lain terutama sekali diri pelumba itu sendiri. Terlalu banyak kes kematian dan kemalangan berlaku di atas jalanan, dan sebolehnya jangan di tambahkan dengan berlumba.

Berlumba di atas jalan raya tidak membuktikan yang anda itu berani dan mempunyai skill. Mungkin anda merasakan begitu tetapi hakikatnya anda cuma menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang melanggar peraturan dan merampas keamanan pemandu lain. Dan anda juga mengancam keselamatan pemandu-pemandu lain.

Bagaimanakah anda akan teruskan hidup anda, apabila anda berlumpa atas jalanan, dan menyebabkan salah seorang keluarga anda mati, atau pun seluruh keluarga anda mati? Fikirkan...

Belasah, samun rantai mak cik

KUANTAN: Seorang lelaki membelasah ibu saudaranya sendiri dengan sebatang kayu sebelum menyamun rantai leher wanita itu dalam kejadian di Kampung Sri Damai, Jaya Gading, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 42 tahun berdarah di kepala dan dibiarkan tersungkur tidak sedarkan diri.
Suspek lari bersama rantai leher dengan menunggang motosikal sebelum wanita itu dirawat di Klinik Kesihatan Jaya Gading, di sini.

Sebelum kejadian, mangsa yang baru tiba di rumah selepas pulang dari bandar terkejut melihat anak saudaranya berada di dalam rumahnya sambil memegang kayu.

Difahamkan, mangsa bertanya tujuan kedatangannya, namun lelaki terbabit seperti hilang akal memukul mangsa dengan kayu itu.

Pembaca : macam mana pula nih, terang-terangan gayanya?
Penulis : jangan lagak kaya dan jangan pakai barang mahal, mungkin membantu...

Untuk menghadapi zaman sekarang ini, zaman yang amat gawat dan penuh dengan ranjau. Marilah kita sama-sama mengubah trend untuk menyelamatkan diri. Marilah kita sama-sama mengubah penampilan demi keselamatan. Marilah kita sama-sama mengubah persepsi demi insan tersayang.

Perubahan perlu kita lakukan, sekiranya tidak dapat buat semua, pelahan-lahan satu persatu. Yang penting ia merupakan usaha berterusan, dan cekal melakukannya.Antaranya ialah :-

Jangan memakai beg tangan
kes ragut merupakan satu kes yang popular di masa ini. Kerana ia mudah untuk di lakukan, hanya perlu lalu dan tarik. Lebih besar beg, lebih tertariklah peragut kepada anda. Walaupun beg anda mempunyai ciri-ciri anti ragut, lupakan sahaja. Kerana setengah peragut mencederakan mangsanya sebulum mengambil beg tersebut. Bagi yang menuggang motosikal lebih-lebih lagi di galakkan untuk tidak memakai beg tangan. Kerana sudah banyak kes mati di ragut jatuh dari motor dan mati.

Jangan memakai barang kemas
Nak pakai sikit tu boleh, tapi jangan pakai langsung lagi bagus. Biarkan orang nak cakap, paling-paling pun sakit telinga. Daripada biarkan orang nak rompak dan pukul kita, itu lebih sakit. Pujuk dan ajar diri untuk jadikan barang kemas pelaburan. Ianya lebih baik diri selamat, aset bertambah.

Jangan memakai pakaian yang berjenama/mahal
Sesungguhnya para penyamun perompak dan sebagainya bukanlah dari golongan orang dari hutan atau mempunyai kecacatan mental. Mereka pandai-pandai berlaka, pengetahuan dalam jenama dan kedudukan harga dan permintaan satu-satu barang adalah amat mendalam. Pakai sahaja yang murah, kerana anda tidak mahu di bogelkan satu hari nanti.

Jangan menggunakan kenderaan yang mahal 
Kes kehilangan kenderaan yang mahal adalah amat tinggi, di mana kenderaan ini di potong dan di ceraikan untuk dijadikan alat ganti dan di jual semula. Ada juga kenderaan yang di curi dan di jual tanpa potong, memang pelik tetapi permintaan pasaran terhadap kenderaan dan alat ganti kenderaan sebegini amat tinggi

Jangan memakai pakaian yang menjolok mata
Kita semua maklum dengan kes rogol. Kes ini meningkat tahun demi tahun, dan mempunyai pakej yang amat tidak di sukai. antaranya 
  • culik, rogol dan tinggal
  • pukul, rogol dan bunuh
  • culik, rogol, jual
terdapat kombinasi pakej yang lain, yang penulis tak sanggup nak taip

Jangan cerita besar yang membabitkan wang
Sekiranya kita mempunyai wang yang banyak , atau pun perniagaan kita maju, atau mungkin kita dapat bonus 10 tahun gaji. Perbanyakkan bersyukur kepada tuhan kerana memberikan anda rezeki. Tidak perlu bercerita dan canang satu malaysia berkenaannya. Cukuplah buat satu kenduri ke, doa selamat ke atau pun dermakan sedikit kepada anak yatim.

Khamis, 21 April 2011

Rakyat tidak dimaklum tarif air naik

MELAKA, 20 April: Kenaikan tarif air yang berkuasa pada 1 April lalu amat membebankan rakyat.
Lebih malang lagi pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tidak membuat pengumuman khusus tentang kenaikan tarif air ini menyebabkan ramai yang terkejut dengan kenaikan mendadak bil air mereka terutama kepada keluarga besar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata tindakan pihak berkenaan tidak mengumumkan kenaikan tarif air tersebut adalah untuk mengelakkan protes rakyat.
Kamaruddin berkata tindakan ini tidak konsisten dengan kritikan kerajaan negeri Melaka yang pernah mengkritik kenaikan tarif air di Selangor dan Kedah suatu ketika dahulu.
"Tindakan menaikkan tarif air ini ada kaitan dengan tindakan kerajaan negeri yang suka membazir, bila duit dah habis rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif untuk menampung kekurangan dana ini," ujar Kamaruddin.
Beberapa orang pengguna yang ditemui juga kesal dengan tindakan kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air sesuka hati.
Mat Zain Pakeh, 45 dari Bukit Baru berkata tindakan kerajaan negeri Melaka ini amat membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga ramai.


Pembaca : boleh ke macam tu, tak umum terus naik?
Penulis : entah lah, zaman sekarangkan macam-macam boleh

Tikam mati jiran sebar aksi seks

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.


Pembaca : yang pergi tunjuk kat anak dia buat pe...
Penulis : kadang-kadang terlalu taksub sampai lupa bahaya yang bakal menimpa...

Para pembaca-pembaca sekalian, sekiranya anda ada mengambil gambar kawan-kawan, gambar sendiri, atau pun tiba-tiba ada gambar aksi lucah saudara yang lain. Penulis sarankan padam terus, padamkan pada handphone atau komputer anda dan juga padamkan pada memori anda.


Perkara sedemikian bukan satu yang relevan untuk di buat lawak atau di kongsikan dengan kawan-kawan atau pun anak beranak. Kita sedia maklum, tiada siapa yang mahukan gambar bogelnya tersebar, lebih-lebih lagi gambar melakukan persetubuhan. Ia merupakan sesuatu yang private yang sepatutnya hanya tuan punya badan yang tahu.

Kita boleh mengatakan seribu satu alasan untuk menyimpan dan menyebarkan gambar orang lain. Di sini penulis memberi satu sahaja alasan untuk tidak melakukannya, iaitu menutup aib orang lain. Ini kerana, sekiranya kita tidak dapat berkata yang baik tentang seseorang, lebih baik kita diam. Dan islam juga mengajar untuk menutup aib orang lain.

Dalam zaman berteknologi tinggi ini, tidak mustahil satu hari nanti gambar anda juga ada di tangan orang lain. Apa yang anda mahu orang ini lakukan? sebarkan atau tutup aib anda?

Maut ketika mandi di kolam takungan

JOHOR BAHRU 20 April - Seorang murid ditemui mati lemas selepas mandi di sebuah kolam takungan air bersama dua rakannya di Kampung Bakar Batu di sini semalam.

Mayat Mohd. Zaidi Sariffudin, 12, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bakar Batu ditemui di dasar kolam tersebut pada pukul 9.22 malam tadi.
Mangsa ditemui sepasukan anggota unit selam skuba Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Flat Seri Stulang di sini.
Menceritakan kejadian tersebut, salah seorang rakannya, Mohd. Ihsan Zulkifli, 13, berkata, dia bersama mangsa pergi ke kolam takungan air itu kira-kira pukul 3 petang sebelum seorang lagi rakan mereka, Mohd. Khairil Ashraf Hasni, 11, datang dan turut serta mandi.

  >berita lanjut<

Pembaca : apa lah yang best sangat mandi dekat kolam terbiar tu?
Penulis : kolam tu tak seronoh, yang seronok bersama kawan-kawan

Seringkali terjadi kejadian mati lemas, dan kebanyakkan kejadian adalah kerana mandi di tempat yang terpencil. Apa yang penulis maksudkan dengan terpencil ialah kawasan yang tiada ramai orang, atau pun pemerhati.

Bermandi-manda merupakan sesuatu yang seronok dan menyihatkan. Bahayanya adalah apabila kita tidak mempunyai kemahiran untuk terapungkan diri dan berenang. Walaupun bagi mereka yang mempunyai kemahiran apungan dan renang bahaya tetapi juga melambai-lambai sekiranya mereka tidak tahu bila untuk berhenti.

Dek kerana di buai keseronokkan mandi beramai-ramai, kadang-kadang kita lupa untuk bertanya khabar pada badan kita sendiri. Adakah kita masih larat atau patut berhenti. Pertimbangan ini harus sentiasa di lakukan apabila kita membuat kerja atau berhibur dengan aktiviti yang berkaitan dengan air.

Jangan sesekali pandang rendah air yang cetek atau takungan air di rumah mahupun di tempat kerja. Sekiranya terdapat takungan air segeralah keringkan atau timbus. Ini berikutan banyak kejadian mati hanya melibatkan takungan air setinggi buku lali. Ya, pembaca mungkin was-was dan mahu tertawa.

Kejadian di tapak pembinaan. Seorang pekerja terjerlus kedalam tanah yang bertakung air. Jarak air dengan tanah hanya setinggi buku lali. pekerja itu termasuk kedalam tanah sehingga separuh hidungnya tertimbus air. Dan mati kerana tiada yang nampak dan dengar mangsa meminta tolong.