Sabtu, 26 Februari 2011

Utusan - Ekonomi - Insurans kenderaan naik 2012

Sudah dibebani dengan kenaikkan harga barang, minyak, caj perkhidmatan. Dan kini giliran Insurans pula untuk menaikkan harga. Walaupun dikatakan tidak tinggi, ia tetap menyumbang kepada aliran tunai keluar.

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana. Mungkin situasi ini bukan lah satu yang berat, akan tetapi meraka yang berpendapatan rendah. Ini merupakan satu berita yang boleh menyumbang kepada migrain. Mana taknya, sudahlah servis kenderaan pun skip, bayaran ansuran pun skip, lagikan kenaikkan harga insurans.

Sekiranya harga barang terus naik dan naik, bagaimanakah agaknya golongan ini ingin meneruskan hidup mereka? jangan katakan "siapa suruh tak belajar rajin-rajin". dan jangan ambil remeh perkara ini. Sekarang mungkin mereka sahaja terbebankan, akan datang mungkin anda sekiranya tiada langkah yang di ambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan