Jumaat, 25 Februari 2011

Harakah - PTPTN , Mara : Jumpa di Temerloh esok

Jika tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya
Jika tidak berhutang keliling punggung , manakan dapat sijilnya

Itulah yang perlu dilalui oleh hampir setiap anak muda yang ingin mendapat pelajaran tinggi. Tawaran pekerjaan belum tentu dapat, hutang sudah menanti. Yang lagi membebankan , sudah tidak mempunyai pekerjaan. Hutang meningkat kerana caj interest / perkhidmatan yang di kenakan. Membawa kepada kemungkinan baru nak kahwin dah muflis.

Dengan memerhatikan masalah ini, Dewan Pemuda PAS mengambil langkah yang baik untuk mengumpulkan para peminjam Mara dan PTPTN untuk mengadakan sidang bersama Mara dan PTPTN.

Amat berharap persidangan ini dapat membuahkan hasil yang positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan