Isnin, 28 Februari 2011

Berita Harian - Nasional - 11 pelajar dakwa dicabul guru displin

Hawa nafsu yang yang tidak terurus. Mungkin ini lah penyebab kes rogol, sumbang muhrim, cabul budak dan seks bebas. Bagaimana untuk menangani masalah ini? sampai bila ia akan berterusan? polis, mahkamah, dan rakyat setempat boleh saja menangkap, memenjarakan, menjatuhkan hukuman dan melabelkan / memulaukan orang-orang sebegini. Akan tetapi model / jenis orang sebegini ditangkap satu muncul 3, ditangkap 3 muncul 4.

Disini saya ingin mengenengahkan berapa isu.

Pakaian sekolah
Anda tentu pernah bersekolah satu masa dahulu. Dan rata-rata semua orang tahu bahawa pakaian sekolah adalah putih. Dan kita juga tahu terdapat pelbagai jenis kain bukan? Mari kita ambil satu jenis kain murah dan mahal. Satunya tak berapa selesa dan nipis, dan satu lagi selesa dan nipis. Dan apabila pelajar perempuan memakainya, seolah-olah boleh nampak apa didalam. Untuk seorang lelaki normal yang sihat tubuh badan, tekanan mungkin dihadapi terutamanya cikgu dimana matanya di jamah dengan pemandangan seperti ini setiap hari.

Pakaian cikgu
Anda cikgu? ada kawan cikgu? atau bagaimana pakaian cikgu anda semasa belajar dahulu? sedangkan murid atau pelajar terbangkit nafsu melihat cikgunya berpakaian inikan rakan sekerja. Anda sendiri boleh membuat servey terhadap pelajar atau murid. Pasti ada yang berkata " aku tak tahan lah cikgu ni, tak boleh nak tumpu tengokkan dia jek". Dan percayalah setengah daripanya berkata lebih teruk, sila bayangkan sendiri.

Dengan dua isu di atas, bayangkan pula anda seorang lelaki yang sihat tubuh badan. Berada di suasana yang demikian, pasti ada yang tidak dapat menahan nafsu. Dan kemana nafsu ini di salurkan? Lain orang lain caranya dan diantaranya seperti yang kita boleh baca dalam surat khabar dan menonton berita.

Saya amat berharap isu ini diambil berat, kerana kita masing-masing akan mempunyai anak atau anak saudara. Apakah tindakkan mereka dengan keadaan seperti diatas?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan