Jumaat, 25 Februari 2011

Metro - Rap - Jangan hina filem melayu

Apabila keluar tengok wayang dengan kawan-kawan semua seronok kerana mempunyai satu aktiviti untuk dikerjakan bersama. Akan tetapi apabila filem melayu yang di pilih maka masing-masing mengeluh dan tidak sanggup duitnya di belanjakan ke arah filem melayu. Jarang yang akan setuju untuk filem melayu dengan pelbagai alasan.

memang filem melayu tidak setanding dengan filem omputih. Akan tetapi sekiranya tidak di beri peluang bertatih manakan dapat berjalan. Saya menyeru agar sokonglah filem tempatan supaya satu hari nanti filem tampatan akan dapat bersaing dengan filem omputih.

Sokonglah industri perfileman tempatan. Supaya ia dapat memberikan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan negara.

akhir kata - tidak dapat berkata yang baik, jangan berkata langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan