Selasa, 12 April 2011

Bakar rumah ibu

ALOR SETAR: Bagaikan aksi dalam filem apabila kakitangan awam yang murung gara-gara kecewa permintaan untuk mendapatkan wang serta berkahwin tidak diendahkan keluarganya, bertindak memanjat bumbung lalu membakar rumah ibunya di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan berpunca daripada permintaannya untuk mendapatkan RM200 daripada ibunya, Halimah Abdullah, 50, pada jam 6 petang tidak dilayan.
Berikutan itu suspek dikatakan mengurung diri dalam bilik rumah itu kerana kecewa.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah berkelakuan pelik apabila membakar semua pakaian kerjanya kira-kira dua hari sebelum majlis pertunangannya.

Abangnya, Mohd Noor Mahmud, 33, berkata adik bongsu daripada tiga beradik itu menunjukkan sikap pelik sejak dua tiga bulan lalu dan selalu mendiamkan diri. 


Pembaca : rumah dah terbakar nak tunang macam mana?
Penulis : yang di minta tak dapat, tak tunang pun tak pe kot...

Bermula dengan membakar baju, kemudian membakar rumah. Nasib baik adik beradiknya bertindak dengan pantas menempatkan emaknya di tempat lain sejurus menyedari kelakuan adiknya yang murung itu. Asbab kelakuan adik murung ini mungkin kerana desakkan kekasih atau seseorang ingin merampas kekasihnya.

Oleh kerana sedar kekasihnya bakal ambil orang dia ingin menyegerakan pertunangan malangnya calon tunangan telah pun 50 - 50 kerana tertawan dengan rakan sepejabat adik murung tersebut. Mungkin ini yang membawa kepada adik murung membakar pakaian seragamnya.

Kejadian kekasih lari dengan orang lain, atau tunangan lari dengan orang lain malah bini lari dengan orang lain seolah-oleh satu perkara yang biasa. Dan persediaan untuk melihat pasangan anda terlepas begitu saja amat perlu. Kita mesti menerima kada' dan qadar ilahi. Memang tidak dapat di nafikan, sukar sangat-sangat untuk menerima sekiranya ini terjadi kepada kita. Lebih-lebih orang sekeliling yang melontar pelbagai kata-kata negatif dan andaian yang negatif. Sudah lah menolongnya tidak lagikan menyusahkan.

Jangan lah hiraukan kata-kata orang sekeliling anda, teruskan hidup dengan penuh gaya. Jatuh naik itu perkara biasa, orang mengata biarkan sahaja, kelak dia jatuh dia kan merasa.

Isnin, 11 April 2011

Budak maut dilanggar kereta bapa

Lelaki undur kenderaan tak sedar anak berada di belakang

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundurkan kenderaan itu dari tempat letak kereta di kedai makan mereka di Batu 21, Bukit Ara, Ajil, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Siti Nur Hazwani Khairul Azhar ditemui di bahagian bawah kenderaan itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. 


Pembaca : macam mana boleh tak perasan?
Penulis : sekarang orang dah ramai tergesa-gesa untuk memastikan dapur berasap..

Kejadian terlanggar anak di kawasan rumah sering kali berlaku. Walaupun ianya berlaku, tetapi masih lagi ramai yang kurang mengendahkan. Penulis berkata bergini kerana tiada langkah berjaga-jaga di ambil, sehinggakan berkara sebegini berlaku dan berlaku lagi.

Apakah harganya untuk memperuntukkan sedikit masa untuk keselamatan? Contohnya memastikan semua anak berada dalam rumah sebelum memasuki kereta. Melaksanakan sistem tiada orang berdiri di belakang atau berhampiran kereta ketika enjin di hidupkan. Dan pelbagai undang-undang kecil untuk di praktikkan pada skala kecil iaitu di rumah.

Ya, pasti ada yang akan ketawa sambil berkata " undang-undang kecil kat rumah, apa barang?". Ketahuilah, dalam bab ini bukan komplen dan lawak anda yang berharga. Akan tetapi cadangan yang bernas untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini terus berlaku dan berlaku.

Sabtu, 9 April 2011

Pengawal di tembak mati


JOHOR BAHRU 8 April - Seorang pengawal peribadi kepada pemilik premis pengurup wang ditembak mati dalam satu kejadian samun oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol dan senjata tajam di Jalan Kuning 2 di sini, hari ini.
Mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan dikenali sebagai Isa ditembak dua kali di bahagian dada sebelum suspek melarikan diri dengan sejumlah wang dalam insiden pada pukul 5 petang ini.
Dalam kejadian itu, kereta Hyundai Sonata yang dipandu majikannya dan dinaiki mangsa bersama dua yang lain dihalang oleh sebuah Proton Wira Aeroback dan Mercedes Benz di bahagian depan dan sebuah kereta Proton Waja di belakang.
Difahamkan, Wira Aeroback dan Waja itu merupakan kenderaan yang dinaiki suspek, manakala Mercedes Benz berkenaan dinaiki oleh Ketua MIC Bahagian Pontian, Datuk Jasbir Singh dan dipandu Timbalannya, T. Sarvendaraja yang kebetulan lalu di jalan berkenaan.

Pembaca : bukan ke tempoh hari ada kata indeks jenayah kurang?
Penulis : baru je rasa lega, dah risau balik

Jenayah di malaysia sudah semakin sophisticated, complicated, merepekrated. Dengan kejadian ala-ala holiwood ini, menjadikan keamanan di Johor Bahru kurang menyenangkan. Dalam kejadian ini mangsa di tembak mati. Persoalannya, adakah mudah untuk mendapatkan senjata di malaysia ini?

Kepada para pembaca, jenayah tidak dapat dielakkan. Sungguh begitu langkah berjaga-jaga harus di laksanakan. Jangan ambil ringan perkara seperti ini, walaupun anda bukan orang yang banyak duit dan berharta. Ini tidak membuatkan anda terelak daripada menjadi mangsa jenayah.


Janji untung 1,000 ganda


KUALA LUMPUR: Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.
Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.
Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.

Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.

Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau. 


Pembaca : macam mana lah boleh terpedaya?
Penulis : mungkin maklumat tersirat ialah, ekonomi negara tak baik dan ramai yang tamak dan malas...

Kes penipuan pelaburan memang banyak berlaku bukan sahaja di malaysia, malah di seluruh negara. Ada sahaja taktik mereka untuk menipu. Dengan menawarkan pendapatan yang lumayan dan layanan eksekutif daripada pihak ini, ramai yang akan terbuai dan hanyut dalam pertemuan pertaman, membawa kepada pembayaran sejumlah wang yang di minta.

Memang tidak dapat di nafikan, penganjur penipuan ini sangat licik memperdayakan ahli dan bakal pelaburnya. Yang akan menyedihkan lagi ialah apabila kawan, adik atau mak  kita yang terpengaruh dalam penipuan pelaburan ini. Sangat pedih dan kebingungan untuk tolak atau terima tawaran mereka. Kadang-kadang kita tahu pelaburan itu tipu, oleh kerana kata-kata itu datang daripada orang yang kita percaya, lantas ilmu dan pegangan di ketepikan.

Disini penulis ingin berkongsi serba sedikit cara untuk mengenal pasti penipuan pelaburan, antaranya...

Anda sebahagian daripada kumpulan "eksklusif" atau "elit"
apabila anda menandatangani kontrak ini, anda akan menjadi sebahagian daripada kumpulan eksklusif atau elit. tujuannya ialah untuk membuatkan anda rasa istimewa. mereka juga akan menyatakan pelaburan ini untuk orang tertentu sahaja. sekiranya ada orang mendampingi anda dan mengatakan ada pelaburan istimewa, masanya untuk berhati-hati

Menjanjikan pulangan yang tinggi, risiko yang rendah
hati-hati dengan tawaran pulangan tinggi dan risiko rendah. Pelaburan sepatutnya menawarkan pelangan pulangan yang tinggi sekiranya risikonya turut tinggi.Sekiranya ada seseorang memberitahu, anda boleh menjana pendapatan yang tinggi tanpa risiko. Anda mungkin sedang berdepan dengan penipuan pelaburan.

Sejarah pelaburan yang tidak pernah menunjukkan rugi
kebenarannya, apabila pasarang mengalami kejatuhan, hampir semua orang akan mengalami kerugian. Sekiranya performa pelaburan itu tidak pernah mengalami kejatuhan, maka kemungkinan besar pelaburan itu palsu

Terminalogi yang kompleks
hati-hati dengan terminalogi yang aneh. Anda sepatutnya dapat memahami apa yang diterangkan kepada anda. Sekiranya promoter yang menjual pelaburan itu tidak dapat menerangkan kepada anda dengan jelas. Maka anda akan menghadapi masalah.

Memberikan tekanan untuk membuat keputusan serta merta
salah satu petanda anda di tawarkan pelaburan yang palsu ialah tekanan untuk membuat keputusan serta merta. anda akan diberitahu anda akan terlambat sekiranya tidak melabur sekrang. Tekanan untuk membuat keputusan - lebih-lebih lagi apabila anda tidak di beri peluang untuk mengulangkaji pelaburan itu - adalah salah satu petanda yang pasti bahawa pelaburan itu adalah satu penipuan.

diharap tip yang di berikan dapat dibuat panduan agar para pembaca tidak mudah tertiup.


Jumaat, 8 April 2011

Lelaki cerai, langgar isteri

Wanita malang temui suami 'hilang' curang dengan janda anak dua

KUANTAN: Malang bertimpa bagi seorang wanita yang bukan saja diceraikan selepas menemui suaminya bersama wanita lain, malah mengalami kecederaan apabila kaki kanannya dilanggar kereta dipandu lelaki terbabit, awal pagi kelmarin. Sebelum kejadian berhampiran sebuah stesen minyak di Balok, mangsa berusia 35 tahun datang ke bandar ini untuk bertemu suaminya berusia 39 tahun yang tidak pulang ke rumah mereka di Dungun, Terengganu sejak dua minggu lalu selepas memaklumkan mempunyai kerja membaiki kenderaan di bandar ini.
Difahamkan mangsa datang ke rumah sepupunya di Taman Balok Makmur, di sini yang menjadi rumah tumpangan suaminya, Selasa lalu selepas dimaklumkan suaminya mempunyai hubungan dengan seorang janda beranak dua berusia 38 tahun. 




Pembaca : kenapa tak bunuh terus?
Penulis : rugilah tak dapat bersama skandal...

Apa yang penulis ingin kongsi di sini adalah cara untuk berhadapan dengan situasi apabila sudah mengetahui pasangan curang. Sama ada berjaya atau tidak cara ini , bergantung pada cara perlakasanaan masing-masing. Ianya hanya satu lontaran pendapat,dan harus dipikirkan oleh anda sendiri.

Kita tidak akan dapa lari daripada situasi di mana kekasih atau pasangan kita curang mahupun berubah sikap. Dalam mencari sebab keatas sesuatu itu terjadi kita perlu mulakan dengan diri sendiri. Buangkan segala ego, tenangkan fikiran, layari atau baca topik seperti isteri atau suami solehah. Bezakan cara yang di anjurkan oleh agama dengan apa yang kita buat selama ini. Mengetahui kesalah sendiri dapat mengelakkan kita daripada melakukan sesuatu yang di luar kawal atau dengan nafsu.

Empat langkah 

Diri kita
Imbas kembali yang lepas dan semasa, cara kita melayani pasangan kita. Cara kita berpakaian, bercakap, menjaga kebersihan ( rumah, diri, dapur, kenderaan dll). Macam mana kita menjalani kehidupan. Adakah ikut suka , atau yang di persetujui bersama. Jika pasangan anda tidak komplen, tidak bermakna dia suka. Wujudkan satu perbincangan berkenaan perkara seperti ini.

Adakah kita menggalakkan sesuatu yang pasangan kita minat? atau kita hanya seperti orang lain mentertawakan dan merendah-rendahkan pasangan kita? Adakah kita mengambil tahu mengenai pasangan kita?

macam mana dengan belaian, tanggungjawab zahir batin, adakah terancang atau ikut suka?

Setelah membuat muhasabah diri kita dengan penuh kejujuran. kita meneliti pasangan kita pula. dengan adil jangan berpihak atau menyebelahi diri.

Pasangan kita
Fikirkan adakah pasangan berubah dahulu atau berubah selepas kita melakukan sesuatu. Bagaimana pergaulan pasangan kita. Siapakah kawan-kawan dan projek-projek yang dia buat. Apakah kata-kata yang di katakan sebelum kahwin, adakah dia pernah menyatakan dia ingin berpoligami. dan lain-lain.

dengan melakukan kaedah ini, memberikan kita ingatan dan memperingatkan kita berkenaan pasangan kita. ia juga dapat membantu semasa perbincangan dengan pasangan kita apabila kita berjumpa pasangan. Ia juga dapat meredakan emosi kita dan mungkin dapat menimbulkan rasa sayang serba sedikit. sekali lagi membantu kita untuk cool.

Pihak ketiga
ambil tahu siapa pihak ketiga, adakah jalinan kasih adalah suka sama suka, latar belakang pihak ketiga, sama ada janda ke anak dara ke dan sebagainya. bagaimana mereka berkenalan. Yang terbaiknya berjumpa dengan pihak ketiga sebagai kawan atau dengan niat berkawan untuk mengetahui serba sedikit latar belakang pihak ketiga itu. Jika anda tidak mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian, bertanyalah kepada yang kenal atau minta tolong dengan rakan.

Masa yang sesuai
cari lah masa yang sesuai untuk bawa berbincang dengan pasangan kita. sediakan garis panduan perbincangan, jangan malu untuk menulis di atas kertas. Ini dapat mengelakkan daripada anda terkeluar tajuk. Atau menyebut sesuatu yang boleh membangkitkan kekeruhan.

sekiranya pasangan anda mengelak atau tidak mahu berbincang, jangan paksa. Sebaliknya gunakan data-data yang anda peroleh untuk perbaiki diri anda dan perhubungan ini. Lupakan seketika pihak ketiga. tumpukan pada diri anda dan pasangan. Sekiranya anda masih sayangkan pasangan bersedialah untuk di madukan atau di tinggalkan. Cari lagi masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan.

kesimpulan
Amat berbaloi sekiranya anda bersabar dan melakukan langkah-langkah di atas. Kerana tiada siapa yang akan tercedera dan masing-masing dapat meneruskan kehidupan dengan pilihan yang masing-masing rasa sesuai dan betul. Tiada siapa yang benar-benar betul dan yang benar-benar salah.

Yang harus di pertimbangkan ialah adakah anda dan pasangan masih searah atau tidak. Sekiranya tidak, apa gunanya mempertahan mahligai itu atas sebarang kos?