Isnin, 11 April 2011

Anak diculik turut dinoda

ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.
Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.
Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.

Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang. 


Pembaca : kalau dah dekat dengan rumah pun kene culik nak jadi apa?
Penulis : order online di runcit.com, perintis anti culik... tak aman dah sekrang...

Kejadian jenayah sekarang dah semakin mengalami revolosi yang ngarut dan karut. Perkara yang 10 tahun lepas kita tak terpikir akan berlaku, berlaku malah dengan pelbagai variasi yang terkeluar dari kotak permikiran. Memang bagus mengamalkan permikiran luar kotak, tapi kalau di implement pada merancang jenayah hampeh lah.

Di mana tempat yang aman? dah bagaikan tiada lagi tempat yang aman di tempat bumi di pijak. Manakan tidak, dalam rumah kene rogol. Dalam pakar rumah, kene ragut. Depan sikit dari padar, kene langgar. Pergi kedai berhampiran kedai, kene culik dan rogol. Pergi sekolah pun kene rogol juga. Dah tu mana lah nak pergi.

Sekiranya kebimbangan masyarakat meruncing, akibatnya sesuatu yang tidak sihat akan berlaku. Salah satu daripadanya ialah dek kerana khuatirkan keselamatan anak, mereka di tahan di rumah. Ini akan membuatkan mereka tertekan. "habis nak buat macam mana?" releks dan cool, penulis pun tiada apa cadangan yang dapat memastikan  kes-kes tidak di ingini berlaku.

Amat berharap jenayah seperti ini dapat di tangani.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan